Tonton Slot Akasia Teduhan Kasih Full Episode - Movie Melayu

on Jumaat, 7 Jun 2013


Tonton Slot Akasia Teduhan Kasih Full Episode - Movie Melayu

Tonton Slot Akasia Teduhan Kasih Full Episode - Movie Melayu | Drama Teduhan Kasih akan mengisi Slot Akasia TV3 mulai 15 Mei 2013 menggantikan drama Sedetik Cinta yang bakal berakhir. Drama bersiri 28 episod arahan Jamal Khan ini dibintangi Adi Putra, Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Shah Iskandar, Liza Abdullah, Talha Harith, dan ramai lagi. Teduhan Kasih merupakan drama adaptasi novel nukilan Sarah Marissa. 

Sinopsis Drama Teduhan Kasih TV3 

Iffa mendirikan rumahtangga bersama Ryzal, namun rumahtangganya dilanda badai. Kehadiran Ayu, yang juga merupakan sahabat baik Iffa telah menjadi punca Ryzal menceraikan Iffa yang sedang berbadan dua.Kehidupan Iffa dikusutkan lagi dengan karenah ibu tirinya. Iffa merupakan anak hasil perkahwinan kedua ayahnya. 

Setelah diceraikan oleh Ryzal, Iffa telah tinggal di rumah ibu tirinya. Bermula la pelbagai kejadian dan cerita yang semakin membuatkan Iffa dalam tekanan. Ketika Iffa sedang menahan sakit ketika hendak bersalin telah mempertemukannya dengan Ehsan. 

Ehsan, seorang lelaki yang tampan, kaya dan berjawatang tinggi di sebuah syarikat. Seorang lelaki yang sentiasa dikelilingi wanita cantik dan kehidupan yang sangat bebas tetapi jiwanya kosong. Bermula dengan pertemuannya dengan Iffa telah merubah seluruh hidupnya.

Tonton Slot Akasia Teduhan Kasih Full Episode


DOWNLOAD TEDUHAN KASIH
Teduhan Kasih Episod 01 = DOWNLOAD 15/4
Teduhan Kasih Episod 02 = DOWNLOAD 16/4
Teduhan Kasih Episod 03 =DOWNLOAD 20/5
Teduhan Kasih Episod 04 = DOWNLOAD 21/5
Teduhan Kasih Episod 05 = DOWNLOAD 22/5
Teduhan Kasih Episod 06 = DOWNLOAD 23/5
Teduhan Kasih Episod 07 = ZIPPYSHARE 27/5 - HOTFILE
Teduhan Kasih Episod 08 = ZIPPYSHARE 28/5 , - HOTFILE
Teduhan Kasih Episod 09 = ZIPPYSHARE 29/5 - HOTFILE
Teduhan Kasih Episod 10 = ZIPPYSHARE 30/5 - HOTFILE
Teduhan Kasih Episod 11 = ZIPPYSHARE3/6 - HOTFILE
Teduhan Kasih Episod 12 = ZIPPYSHARE4/6 - HOTFILE
Teduhan Kasih Episod 13 = ZIPPYSHARE  5/6, - HOTFILE
Teduhan Kasih Episod 14 = ZIPPYSHARE 6/6, - HOTFILE


Tag : ,

Tonton Slot Zehra Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episode - Movie Melayu


Tonton Slot Zehra Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episode - Movie Melayu

Download Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episode - Movie Melayu - Tonton Online | Drama terbaru di Slot Zehra TV3 bertajuk Sebenarnya, Saya Isteri Dia akan menggantikan drama Hanya Padamu bermula 29 Mac 2013, setiap hari Jumaat jam 9.00 malamDrama bersiri 13 episod terbitan Prime works Studios ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular tanah air seperti Tiz Zaqyah, Izzue Islam, Qi Qushairi, Uqasha Senrose, Azlee Khairi, Fezrul Khan, Zuhairi Ibrahim, Wilma, Marisa Yasmin dan ramai lagi.

SINOPSIS NOVEL SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya. Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy.

Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan. Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik.

Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya. Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta.

Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish. Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut.

Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai. Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan.

Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti. Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya. Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama.

Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan. Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu. Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ.

Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf. Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?

Lakonan, Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida) dan ramai lagi.


Tonton Dram Slot Zehra Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episode - Tonton Online










 Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 10

 Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 11 

 Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 12

 Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 1 3


Download Drama Slot Zehra Sebenarnya Saya Isteri Dia Full Episode 

Episod 01 = DOWNLOAD
Episod 02 = DOWNLOAD
Episod 03 = DOWNLOAD
 Episod 04 = HOTFILE  / ZIPPYSHARE NEW
Episod 05 = DOWNLOAD 10/5 / 
Episod 06 = HOTFILE, / ZIPPYSHARE 17/5 
Episod 07 = HOTFILE 24/5 / ZIPPYSHARE 
Episod 08 = HOTFILE 31/5 / 
ZIPPYSHARE

Tag : ,
 
© Santai Bersama Khairul | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO